Selamat Datang Ke Blog Kelab Memanah SMSTSSS

Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Dan Komen Membina Dari Anda Semua

Tuesday, February 27, 2018

JADUAL LATIHAN RASMI 2018

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Jadual Latihan Rasmi Tahun 2018

Hari:
Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat

Masa:
3.30 - 5.30 Petang

Keterangan lanjut hubungi:
En. Fakhrul; 013-584 1972

Monday, October 26, 2015

Jom Memanah Di Lapang Sasar Memanah Tun Syed@SMSTSSS

Yuran Target 


Recurve dan Tradisional - RM 5.00 
Compound                     - RM 7.00 

*Peralatan Sendiri 

Hari dan Waktu Dibuka 

Jumaat : 3.00 - 5.30 ptg 
Sabtu* : 9.00 pg - 12.00 tgh, 3.00 - 5.30 ptg 
Ahad* : 9.00 pg - 12.00 tgh, 3.00 - 5.30 ptg 

 * Atas Permintaan

Kami juga menyediakan sewaan peralatan asas dengan harga yang berpatutan.

Sebarang pertanyaan untuk Bengkel Asas Memanah dan LDP juga dialu-alukan.

 Pertanyaan lanjut hubungi/pm/whatapps: 
 En. Fakhrul HP: 013-584 1972

Tuesday, March 4, 2014

Kejohanan Memanah MSSPP Kali Ke-18, 2014: Pasukan Perempuan B15 Bawa Pulang Pingat Paling Banyak Sejak Wujudnya Sukan Memanah Di SMSTSSS


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Ini merupakan entry pertama tahun ini. Walaupun yang pertama, tapi sebenarnya dah ada beberapa aktiviti telah dijalankan oleh Ahli Kelab. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Memanah SMSTSSS yang telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan tahun ini terutama Pasukan Perempuan Bawah 15 Tahun. Pasukan Lelaki Bawah 15 Tahun juga tidak klurang hebatnya kerana berjaya menduduki kedudukan Tempat Ke-5 Keseluruhan Pusingan FITA. Keputusan Pencapaian dan Pungutan Pingat Di Kejohanan Memanah MSSPP 2014 Pasukan Perempuan Bawah 15 Tahun 1. Emas - Pusingan Olimpik Berpasukan 2. Perak - Pusingan FITA Berpasukan 3. Gangsa - Pusingan Olimpik Individu 4. Perak - Pusingan FITA Individu Keseluruhan 5. Perak - 60 m 6. Gangsa - 50 m 7. Gangsa - 40 m 8. Ke-4 - 30 m Pasukan Lelaki Bawah 15 Tahun 1. Ke-5 - Pusingan FITA Berpasukan 2. Suku Akhir - Pusingan Olimpik Berpasukan Senarai Atlit Perempuan Bawah 15 Tahun 1. NUR SYIFAA AZREENA BT MUHAMMAD ALI 2. NURUL AINA AMANI BT JASNI 3. NOR HAZLINDA BT AHMAD 4. NUR ISMA ATIRAH BT MAZLAN Lelaki Bawah 15 Tahun 1. MUHAMMAD HAKIMI BIN ABD. NASER 2. AHMAD AIDIL FARHAN BIN ABU BAKAR 3. MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD NAZRI

Tuesday, January 22, 2013

Paip PVC Ganti Bow Sebenar Untuk Pemanah Baru: Kaedah Paling Murah

Salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsi kaedah yang saya dapat semasa menghadiri satu kem memanah di Lumut pada November tahun lepas. Kaedah ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar memanah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Apa yang anda perlu ialah sebatang paip pvc berukuran 5 - 6 kaki panjang.Seutas tali nylon sepanjang 5 1/2 - 6 1/2 kaki. Lepas tu tebuk lubang pada kedua-dua hujung paip pvc tadi. Seterusnya ikatkan tali tadi pada lubang yang telah ditebuk tadi. Siap!

Tuesday, January 15, 2013

Aktiviti Kelab Kali Pertama 2013:Program Pengenalan Sukan Memanah Untuk Pelajar Baru Tingkatan Satu

Tarikh : 11 Januari 2013 Tempat : Lapangsasar Memanah SMSTSSS Masa : 3.30 - 5.00 ptg. Bilangan Tingkatan 1 : 95 orang Fasilitator : 10 orang