Memanah Sebagai Salah Satu Program Memasyarakatkan Sekolah
Kelab Memanah SMSTSSS telah ditubuhkan sejak tahun 2007 dan bakal menyambut ulang tahun ke-5 penubuhanya. Sepanjang penubuhannya, beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan iaitu dengan membawa pulang pingat-pingat tempat ke-3 acara berpasukan setiap tahun di peringkat negeri.
Dalam usaha mencapai kejayaan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan pihak sekolah dan PIBG dalam membantu menyumbangkan bantuan samada dalam bentuk kewangan dan sokongan lain.
Bagi menjamin kesinambungan kejayaan yang lebih baik dan penyediaan peralatan yang lebih lengkap serta berkualiti untuk kegunaan ahli dan Pasukan Sekolah, maka Kelab Memanah SMSTSSS bercadang untuk menjana sumber kewangan sendiri melalui Program Memanah Untuk Komuniti Setempat Dan Awam.
Secara idealisnya, kami akan menyediakan Lapang Sasar Memanah dengan kemudahan asas seperti Target Butt, Target Face, Distance Label, Tempat Rehat dan lain-lain lagi secara berperingkat. Bayaran(Fee) yang berpatutan akan dikenakan kepada pelanggan yang ingin menggunakan kemudahan ini.
Program ini dijangka akan bermula pada bulan April nanti setelah mendapat kelulusan pihak sekolah. Sehubungan dengan itu beberapa "Courses" akan dirangka bagi menyediakan peluang kepada semua peringkat umur untuk menyertai aktiviti memanah ini.
Sebarang cadangan dan komen amat diperlukan dari anda semua. Terima kasih kerana memberi sokongan.
LAMAN WEB RASMI NAAM
4 years ago