Selamat Datang Ke Blog Kelab Memanah SMSTSSS

Kami Mengalu-alukan Sebarang Cadangan Dan Komen Membina Dari Anda Semua

Tuesday, January 22, 2013

Paip PVC Ganti Bow Sebenar Untuk Pemanah Baru: Kaedah Paling Murah

Salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsi kaedah yang saya dapat semasa menghadiri satu kem memanah di Lumut pada November tahun lepas. Kaedah ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar memanah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Apa yang anda perlu ialah sebatang paip pvc berukuran 5 - 6 kaki panjang.Seutas tali nylon sepanjang 5 1/2 - 6 1/2 kaki. Lepas tu tebuk lubang pada kedua-dua hujung paip pvc tadi. Seterusnya ikatkan tali tadi pada lubang yang telah ditebuk tadi. Siap!

Tuesday, January 15, 2013

Aktiviti Kelab Kali Pertama 2013:Program Pengenalan Sukan Memanah Untuk Pelajar Baru Tingkatan Satu

Tarikh : 11 Januari 2013 Tempat : Lapangsasar Memanah SMSTSSS Masa : 3.30 - 5.00 ptg. Bilangan Tingkatan 1 : 95 orang Fasilitator : 10 orang